6314220681_9a3c0fbd25_b

Latar Belakang

Nama yang diberikan ialah Siti Mariah binti Mahmud. Dilahirkan di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman, namun telah bermastatutin di Selangor sejak memasuki alam perkerjaan. Suami saya berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Hasil dari perkahwinan, kami dianugerahkan 6 orang Anak dan 16 orang cucu dan kini menetap di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Saya merupakan pelajar lepasan sekolah Kolej Tunku Kursiah. Kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang sarjana muda kedoktoran dan pembedahan di Universiti Kaherah, Mesir. Saya turut memiliki Ijazah Sarjana daripada King’s College, University of London.

Kerjaya

Saya telah memulakan kerjaya sebagai Doktor Pelatih di Hospital Melaka. Kemudian menjadi Pensyarah di Jabatan Fisiologi, FakultiPerubatan, Università Kebangsaan Malaysia. saya juga merupakan salah seorang Hali Lembaga Pengarah Pusat Dialisis PNSB.

melaka-general-hospital
Konvensyen_Amanah_Dr_mariah

Politik

Tahun 2004 merupakan kali pertama saya diamanahkan menjadi Calon Pilihan Raya bagi Parlimen Kota Raja. Percubaan kali ke-2 saya pada Pilihan Raya Umum 2008 telah mendatangkan hasil, di mana saya telah diangkat sebagai Ahli Parlimen Kota Raja dengan meraih majoriti yang agak besar. Pada PRU 2013, saya sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Kota Raja dengan jumlah majoriti yang lebih besar.

Walaubagaimanapun pada PRU ke -14 baru-baru ini, saya telah beralih angin dengan bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri seterusnya berjaya memenangi kerusi DUN N.29 Seri Serdang yang telah juga melayakkan saya memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

Selain daripada penglibatan sebagai wakil rakyat, saya juga merupakan Ketua Sayap Wanita bagi Angkatan Wanita Parti AMANAH Negara.

Di peringkat antarabangsa pula, saya pernah dilantik menjadi Timbalan Presiden Pertubuhan Wanita Islam Sedunia (IMWU). Malah saya merupakan Founder IMWU Malaysia.