Jangan terpedaya tawaran angpau palsu

Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan tawaran angpau palsu RM100 sempena Tahun Baru Cina yang tular di media sosial.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program kebajikan membabitkan rakyat hanyalah berpandukan ucapan Belanjawan Selangor 2019 oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sahaja.

“Saya berharap supaya isu ini tidak berlarutan lagi kerana ia akan memberi harapan palsu kepada orang ramai.

“Jika anda ingin mengetahui maklumat terkini berkenaan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) terutama kebajikan, anda boleh merujuk SelangorKini atau TVSelangor untuk mendapatkan maklumat sahih,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan mesej palsu berhubung pemberian angpau RM100 kepada sebuah keluarga, di Selangor.

Pada masa sama, permohonan untuk mendapatkan angpau itu kononnya perlu diisi, bermula 1 Januari hingga hari ini.

Sumber: Selangorkini